(VIDEO) Fathia Latiff Menangis Kenyataan “Tak Boleh Ke Bagi Perogol Peluang Kedua?” Disalah Erti?

Umum mengetahui pelakon Fathia Latiff sangat aktif meluahkan pendapatnya menerusi laman sosial Twitter dan setiap status beliau pasti akan mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini Fathia ada memberikan komen mengenai sebuah artikel yang disiarkan tiga tahun lepas dimana seorang perogol akhirnya ke tali gantung selepas suspek merogol dan menyembelih mangsanya.

Namun, kenyataan itu disalah erti oleh sesetengah pihak termasuk sebuah blog hiburan tempatan sehingga mengundang kecaman daripada netizen. Untuk pengetahuan semua, Fathia tidak bermaksud untuk memberikan semua perogol peluang kedua tetapi merujuk kepada artikel yang beliau kongsikan itu sahaja.

Terkilan dan kecewa dengan perkara itu, Fathia menerusi Instagram Live beliau tidak dapat menahan air matanya dan meluahkan perasaan beliau.

Diorang tak boleh suka-suka hati tukar statement orang dan letak inverted commas. Inverted commas digunakan kalau exactly ayat itu sama. Jika sebaliknya, ia akan membawa maksud yang berlainan.Why do you guys hate me so much? Ada Fathia kacau ke?

Bukan semua netizen yang menghentam Fathia, ada yang memahami maksud kenyataan beliau itu dan berharap agar aktres itu terus bersabar atas apa yang berlaku.

Kalau difahamkan betul-betul, Fathia bermaksud untuk mengurangkan sedikit hukuman kepada pesalah. Mungkin dengan cara itu mereka akan insaf dan bertaubat. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pemikiran dan pendapat yang berbeza. Apa-apa pun, kami harap Fathia terus bersabar.

Sumber : Beautifulnara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here