(Video) Kerana terlalu GHAIRAH dengan apa yang terjadi pada Farid Kamil..ini HABUAN buat wartawan2 ini..

Farid, 37, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada Selasa. Farid minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi Selasa. Nor Ariffin menetapkan 5 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Bagi memberi semangat kepada abang sulung, adik Datuk Farid Kamil Zahari yang sedang belajar di India sanggup bercuti dan pulang ke Malaysia untuk bersama keluarga.

Anak kedua daripada lima bersaudara, Fadzil memberitahu, adik bongsu yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di India, bercuti sejak Sabtu lalu.

Fadzil berkata, biar apa pun yang terjadi, mereka lima bersaudara sudah berjanji tidak akan sesekali meninggalkan atau mengetepikan Farid yang sedang berdepan ujian berat.

“Buat masa ini, paling penting adalah sokongan semua terutama kami sebagai saudara terdekatnya. Ini kerana sama ada baik atau buruk, dia tetap abang sulung kami.

“Tambahan pula mak dan ayah berada di kampung di Jitra, Kedah. Mereka sudah berusia, jadi biarlah segala urusan Farid, kami adik beradik yang pantau,” katanya.

Selain Farid dan Fadzil, tiga lagi adik mereka ialah Dr Azman Aizuddin, Dr Anis Anwar dan adik bongsu, Nurdianah.

Fadzil berkata, Azman yang bertugas di sebuah hospital menjaga ibu bapa mereka di Kedah, manakala yang lain menunggu perkembangan kes Farid, di sini.

Fadzil dan adiknya yang hadir di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pagi tadi, mengaku lega melihat perubahan Farid yang tampak lebih ceria.

Sementara itu, Fadzil juga berharap, tiada pihak membuat sebarang kenyataan yaang boleh menjejaskan siasatan kes abangnya.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis, justeru pihak berwajib perlu diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang gangguan yang boleh memburukkan keadaan.

“Syukur abang kami dibebaskan hari ini. Kami membawanya pulang. Harap buat masa ini rakan media memberinya ruang untuk bertenang.

“Pada masa sama, kami berharap tiada lagi individu yang mengeluarkan cerita mengelirukan. Segala-galanya sudah di peringkat mahkamah. Biarkan pihak berwajib jalankan tugas tanpa gangguan,” katanya.

Sambil itu, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil, menganggap kontroversi yang menimpanya sebagai ujian getir yang memberi warna dalam kehidupannya.

“Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah berikan jalan cerita dalam hidup saya.

“Semakin lama, semakin menarik perjalanan hidup yang diatur oleh-Nya untuk saya,” katanya sebaik dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari.

Farid yang ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini tampak ceria dan lebih bersemangat berbanding ketika ditahan polis pada Khamis lalu.

Beliau turut menyatakan kerinduan kepada dua anaknya, Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.

“Saya mahu berjumpa anak-anak. Saya rindukan mereka,” jawab aktor terbabit apabila ditanya perkara pertama yang ingin dilakukan sebaik dibebaskan.

Farid dibawa pulang menaiki kenderaan ahli keluarganya.

Wartawan Malu Sendiri ..

Disebabkan keghairahan untuk mendapatkan komen balas daripada Datuk Farid Kamil, hampir kesemua wartawan mengerumi Farid Kamil ketika di luar mahkamah. Mereka semua menyangka bahawa Farid Kamil akan dibawa kedalam bilik mahkamah dan mereka ingin mendapatkan respond beliau sebelum itu.

Tetapi sesuatu yang agak lucu terjadi sehingga semua wartawan yang mengejar Farid Kamil ketawa bersama sama. Akibat terlalu leka dengan menanyakan soalan bertubi tubi kepada Farid Kamil, mereka tidak sedar bahawa Farid Kamil sedang dibawa ke tandas sebenarnya dan mereka semua hampir masuk sekali ke dalam tandas. Sila perhatikan rakaman dibawah.

Kami mendoakan agar semua berjalan lancar. Tiada manusia yang tidak buat kesilapan, kita sebagai manusia harus belajar memaafkan satu sama lain. Semoga Farid Kamil dapat ketenangan di samping Allah SWT dan keluarga.

Sumber – MSTAR Portal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here