[VIDEO] “Khas Buat Si Lembab Ubi” – Zulin Aziz

PELAKON dan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz sememangnya cukup dikenali dengan bakat yang versatil.

Bukan hanya boleh menyanyi dengan baik, malah selebriti ini juga mampu menghasilkan lirik lagu yang begitu cantik dan mendalam maknanya.

Menerusi laman Instagram hari ini, Zulin turut berkongsi lirik ciptaannya berjudul Keliru.

Antara bait liriknya berbunyi;

Biarku tahu kau milik yang lain

Tetap ku di sini memilih kamu

Usaha ditanya kenapa kerna ku tak tahu

Mengapa mesti kaulah orangnya..

Menurut Zulin, lirik lagu tersebut ditujukan kepada seseorang dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

“Lirik lagu Keliru ni khas buat ‘si lembab ubi’. Suka tapi tak mahu bagitahu. Lepas itu, bila orang dah move on, baru nak cari.

“Saya tulis lirik berdasarkan pengalaman sendiri. Keliru dengan orang yang datang dalam hidup kita,” tulis Zulin.

Umum sedia tahu, Zulin sebelum ini seringkali dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa selebriti popular.

Namun sehingga kini, dia masih lagi selesa dengan kehidupan singlenya.

Rata-ratanya pengikutnya meninggalkan komen yang positif dan mengakui ia merupakan sebuah kisah yang dilalui ramai orang di luar sana.

“Keliru sampai dah tawar hati dan angkat kaki. Lepas ni, nak buat lagu ala-ala Jomblo Happy atau Tembam is Ohsem. Yeahh tunggu cari ilham,” selorohnya.

Keliru – Zulin Aziz

Sumber : SinarOnline

Sumber : gengsembang.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here