[VIDEO] ‘Menitis Air Mata Mama’ – Alunan Merdu Danish Hakim Baca Alquran Tarik Perhatian.. Sebak

Semenjak dari umur 11 tahun, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Mohamad Danish telah mula dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami ilmu agama. Terbaru, khabarnya Danish meendapat peluang menyambung pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Sebagai ibubapa, Abby dan Norman pasti sangat berbangga dan terharu.

Di instagram, Abby Abadi telah memuatnaik video alunan merdu Danish membaca Al Quran. Di ruangan komen, ramai yang memuji dan tumpang gembira. Untungnya Abby!
Majlis doa selamat dan kesyukuran!


Menitis air mata Mama!


Ramai sebak!

Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan kagum dengan pencapaian Danish. Walaupun ibubapanya tidak lagi bersama, didikan yang diberikan mampu menjadikan Danish seorang yang soleh. Bertuahnya keluarga mereka ini kan.
Sebelum ini Anak Norman Hakim Beri Tazkirah Tentang Jerebu Dan Mengaji Dengan Suara Yang Merdu

Beberapa hari lepas, anak sulung Norman Hakim iaitu Mohd Danish Hakim telah mendapat pujian daripada orang ramai selepas aktor itu memuat naik beberapa siri video anaknya itu memberi tazkirah tentang jerebu dan juga sempat mengaji dengan alunan suara yang cukup merdu serta menenangkan.

Danish dalam video tersebut menjelaskan jerebu yang sudah dua bulan melanda beberapa negara di Asia itu sebenarnya adalah salah satu bentuk peringatan daripada Allah SWT buat hambaNya.

Berdasarkan video tersebut, ramai yang berpendapat Norman, Abby Abadi serta isterinya Memey Suhaiza sudah berjaya menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa yang baik kepada Danish yang kini sedang menuntut di Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz.

Berikut kami sertakan video yang diambil daripada beberapa bahagian di Instagram Norman dan dicantumkan menjadi satu bahagian khas untuk tatapan anda. Sama-sama kita dengarkan tazkirah yang cukup hebat daripada seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini.

Sumber : Instagram Abby Abadi via ohbulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here