[VIDEO] ‘Naik Biru Dah Jari Tu Sis’ – Ghairah Pakai Cincin Ketat, Netizen Bimbang Pekerja Sajat Stroke

Bagi mereka yang mengikut perkembangan usahawan kosmetik Sajat, sudah tentu mengetahui bidang bisnes terbarunya adalah perniagaan barangan kemas. Makin gigih nampaknya Sajat walaupun dilanda pelbagai isu panas sejak akhir-akhir ini.

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan berjaya Nur Sajat. Sajat kini bukan saja ahli perniagaan,malah dah jadi penyanyi popular.

Saban minggu nama Nur Sajat tidak pernah terlepas dengan isu kontroversi. Terbaru, gara-gara pekerjanya pun Sajat turut terkena tempias

Salah satu cara promosi dan pemasaran Sajat adalah melalui video viral di media sosial. Tidak terkecuali bagi produk kali ini. Namun, tidak diketahui disengajakan atau tidak, terdapat sesuatu yang pelik mengenai satu video iklan barang kemas itu.

Kot ya pun sis…

Cabut cincin tu wei

Dah boleh bayang suara jantan nak cabut cincin

Saiz 19 tu kira besar bapak

Gelang koko tak ada saiz laki

Video yang menampilkan salah seorang staf Sajat itu menjadi perhatian netizen apabila jarinya kebiru-biruan mungkin kerana cincin terlalu ketat.

Namun dia tetap petah berkongsi info mengenai cincin dan gelang ‘koko’ yang dipakai tanpa tanda-tanda tidak selesa.

Ini pula komen tuan punya diri

Nota kaki : pemakaian emas pada tubuh seorang lelaki adalah haram disisi agama Islam

Lain Pula Dengan Kes Emas Seorang Lagi Usahawan Kosmetik Ni

Polis menahan dua bekas pekerja Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri yang dipercayai terbabit mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu berkata, suspek berusia 20 dan 40 tahun itu ditahan di rumahnya di Pandamaran, Klang, kelmarin.

Menurutnya, dua suspek itu adalah pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah yang sudah didakwa tahun lalu.

“Susulan tangkapan itu, polis menemui semula barang kemas yang dilaporkan hilang bernilai RM25,000.

“Polis juga merampas satu beg berjenama dan wang tunai RM2,000 daripada suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Somu berkata, kes berkenaan dianggap selesai kerana semua suspek sudah ditahan.

“Dua suspek ini akan direman sehingga 4 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 5 Julai tahun lalu, dua bekas pembantu rumah jutawan produk kecantikan itu didakwa atas tuduhan mencuri barangan kemas milik isterinya.

Aliff kerugian RM100,000 selepas barang kemas dan wang tunai dicuri oleh bekas pembantu rumah dan pekerjanya pada 18 Jun lalu.

Sumber: OhBulan dan Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here