[VIDEO] Neelofa Bengang Bila Lelaki Ini Burukkan Malaysia Di Mata Dunia!

Usahawan dan pelakon popular, Neelofa mengutuk tindakan lelaki yang cuba mengasari seorang wanita tidak memakai tudung.

Hangat.com difahamakan, isu ini bermula selepas satu rakaman video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang tidak dikenali sedang memarahi beberapa orang wanita yang sedang menunggu bas di perhentian bas kerana wanita-wanita tersebut tidak memakai tudung walaupun mengakui sebagai orang Islam.


Lelaki itu mahu menampar wanita tersebut namun menahan diri bagaimanapun selepas beberapa saat lelaki itu kemudiannya meneruskan niatnya memukul wanita itu atas alasan wanita tersebut biadap.

Nama Malaysia Tercalar di Mata Dunia

Namun apa yang Hangat.com perhatikan, video ini telah dikeluarkan menerusi sebuah portal antarabangsa di United Kingdom iaitu Dailymail. Neelofa menganggap tindakan lelaki ini telah mencalar imej Malaysia setelah isu menjadi viral di mata dunia.

“Adakah ini yang kita mahu negara bukan Islam lain melihat kita? Adakah ini dengan cara Orang Malaysia mahu menyebarkan agama Islam?

Kami mahu orang ramai mengetahui bahawa Islam adalah agama yang indah, yang bertoleransi dan menghormati. Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, persepsi akan berubah dan memburukkan imej Islam.

Wanita Perlu Lebih Tegas
Hangat.com merasakan tindakan lelaki ini tidak bermoral lagi di depan orang ramai. Walaubagaimanapun, Neelofa turut menasihati kepada semua wanita supaya lebih tegas dalam hal ini dan jangan biarkan kaum lelaki melakukan perkara sebegini kepada mereka.

“Kepada wanita, apabila perkara seperti ini berlaku kepada anda, atau kepada orang yang anda sayangi, anda harus tegas, jangan biarkan orang seperti ini merendah-rendahkan anda dan bertindak dengan tidak senonoh.


Nasihat Buat Kaum Lelaki

Pada golongan lelaki, jangan buat perkara ini kepada wanita lain. Lelaki harus melindungi wanita, tidak menggunakan kekerasan dalam apa jua cara.”

Sememangnya dalam Islam tidak mengajar umatnya untuk mengunakan kekerasan ketika berdakwah dan Neelofa berharap isu sebegini perlu ambil iktibar.

“Saya harap ini adalah pelajaran untuk kita semua. Tiada agama di dunia mengajar pengikutnya menggunakan keganasan, pastinya bukan dalam Islam. Terdapat cara yang lebih baik dan indah untuk berdakwah dan memukul bukan caranya.”

Kejadian dikatakan berlaku di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada petang jumaat lepas. Dipercayai sekumpulan wanita yang dimarahi dan diserang itu ialah warga asing berdasarkan kepada percakapan mereka dan lelaki yang menyerang pula dipercayai warga tempatan berkelahiran Penang.

Sumber Dailymail via hangat.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here