(Video) “Pedasnya Sampai Tak Boleh Cakap,” Lihat Bagaimana Reaksi Suarez Bila Rasa Makanan Malaysia!

7 Feb – Baru-baru ini, penyerang sensasi Barcelona, Luis Suarez telah dilantik sebagai duta oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia untuk menjadi wakil Tourism Malaysia dalam mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia.

Perjanjian yang ditandatangani selama setahun itu diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia dengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia.

Dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Tourism Malaysia memaparkan penyerang kebangsaan Uruguay sedang menikmati makanan-makanan yang telah menjadi kebiasaan buat rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan Satay.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz jelas gembira dengan pelantikan tersebut dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Suarez.

“Sebagai seorang hero kepada masyarakat alaf baru, Suarez telah menjadi inspirasi kepada jutaan peminat dan kami amat berharap dengan status beliau sebagai muka depan pelancongan Malaysia mampu memberikan pendedahan kepada penduduk luar mengenai destinasi tropika yang ada di Malaysia dan mampu menarik minat warga asing untuk merasai nikmat melancong di sini.” katanya.

Suarez adalah pemenang dua kali kejuaraan La Liga dan turut mempunyai satu medal juara Liga Juara-Juara Eropah. Ketika bercakap mengenai perlantikan ini, Suarez amat berbangga dan bertuah kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, dimana beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, disamping pantai dan pulau yang indah.

“Saya amat teruja dan tidak sabar untuk melalui perjalanan ini dalam memperkenalkan negara Malaysia yang eksotik kepada seluruh dunia, ditambah pula negara ini kaya dengan budaya dan warisan kepada seluruh peminat saya dan berazam untuk menjadikan mereka sebagai peminat Malaysia.” tambah Nazri lagi.

Sumber; Siakapkeli.my

Sumber : gengsembang.com

Wanita Ini Sanggup Bayar RM1,700 Kepada Mana-Mana Lelaki Yang Boleh Menghamilkannya.. Tapi Ada Beberapa Syarat Dalam Pemilihannya Itu..


Semua orang menginginkan anak. Begitu juga bagi mana-mana pasangan yang sudah menikah. Namun begitu tidak semua orang di berikan rezeki untuk punya anak sendiri bagi menjadi peneman suka dan duka.

Banyak kisah pelik dan aneh yang berlaku di luar sana yang melibatkan banyak pihak dalam usaha untuk mendapatkan anak tanpa berkahwin. Ada yang menggunakan ibu tumpang, ada yang membeli sperma dari bank sperma, ada pula yang menawarkan kepada lelaki dengan cara yang ekstrim.

Dunia sudah semakin ketara anehnya apabila viral satu kisah di mana seorang wanita Filipina yang menurut portal AlterVista, seorang wanita yang bernama Shane Marie telah sanggup untuk membayar sebanyak 20,000 peso atau lebih kurang RM 1,700 kepada mana-mana lelaki yang dapat membuatkan dia hamil.

Posting itu di letakkan di laman facebook beliau untuk memberikan tawaran kepada mana-mana lelaki yang berminat. Namun begitu beliau meletakkan syarat bahawa lelaki yang di mahukannya itu perlulah tinggi,tampan dan berkulit cerah.

Dalam posting itu juga, dia berjanji akan menyerahkan wang sebanyak RM 1,700 selepas dia di sahkan hamil.

Posting itu telah menjadi tular dan kontroversi dan kelihatan agak melampau. Rakan terdekat beliau agak terkejut melihat Shane Marie membuat tawaran sebegitu namun tampil memberi penjelasan kenapa rakan beliau bertindak begitu.

Mengikut seumber, Shane Marie telah berhijrah ke Arab Saudi untuk bekerja dan meninggalkan suami dan anak perempuannya di Filipina.

Setiap bulan dia akan menghantar wang untuk memberi support kepada keluarga. Namun begitu 2 tahun berada di negara orang, dia di khabarkan bahawa suaminya telah curang dan bersama dengan perempuan lain dan anaknya juga di bawa bersama. Shane Marie sedih dan tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.Shane merindui anaknya dan mahukan anaknya sendiri.

Kerana itulah dia sanggup untuk membayar RM 1,700 kepada mana-mana lelaki yang sanggup untuk menghamilkannya.Lelaki itu juga menurut Shane Marie tidak perlu bertanggung jawab terhadap anak itu kerana dia sepenuhnya akan menjaganya.

Sumber: https://kisahdunia.com

Sumber : poksang.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here