[VIDEO] Petah Berpantun, Tan Sri Vincent Tan Curi Perhatian Di Majlis Pernikahan Anak

Petah Berpantun, Tan Sri Vincent Tan Curi Perhatian Di Majlis Pernikahan Anak

Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun mencuri perhatian ramai apabila berpantun mengikut lenggok di majlis pernikahan puteri sulungnya, Chryseis Tan dan pasangan, pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’  laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.

Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup ijab kabul puteri sulungnya dan pasangan.

Antara bait-bait pantun yang dibalas pihak perempuan kepada lelaki seperti berikut :

Jati tuan, jati Melayu,

Jati kami didalam hati,

Janji tuan masa yang lalu,

Harap disampaikanlah kepada kami.


Bunga melur warnanya merah,

Warnanya terang memikat hati,

Balasan kami tidaklah mewah,

Sembilan dulang seperti dijanji.

Majlis  penuh adat istiadat terbabit berlansung di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.

Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.

Sumber: Astro Awani

Foto-Foto Pernikahan SM Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan, Sweet Habis!

Dengan sekali Chryseis Tan, anak jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Jumaat.

SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan diijabkabulkan di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Sebaik sahaja selesai akad nikah, foto-foto pernikahan pasangan itu mula dikongsi oleh mereka menerusi Instagram semalam.

Foto-foto itu dikongsi oleh mereka menerusi akaun Instagram masing-masing beserta hashtag #chrysfaliqeverafter.

Rata-rata foto yang dikongsi itu mendapat ucapan tahniah dan pujian oleh pengikut yang menyukai majlis pernikahan tersebut.

Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan:

Foto: Instagram ivanmario / chrystan_x

Faliq Nasimuddin Lamar Anak Vincent Tan, Dua Empayar Besar Bakal Bersatu?

Foto anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, iaitu SM Faliq melamar anak perempuan kepada jutawan Tan Sri Vincent Tan dikenali sebagai Chryseis Tan, tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Chryseis, 29, telah memuat naik foto SM Faliq Nasimuddin, 32, melamarnya di akaun Instagram pada 30 Jun lepas ketika mereka sedang bercuti di Marrakesh, Morocco.

Difahamkan, merpati dua sejoli ini sudah mula menjalin cinta sejak beberapa tahun lalu sebelum hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

Chryseis turut mengumumkan pertunangannya dengan Faliq di laman sosial sama sejurus selepas dilamar Timbalan Presiden Eksekutif Naza TTDI itu.

Bapa Faliq telah menubuhkan Kumpulan Syarikat Naza pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan dan hartanah negara.

Sementara bapa Chryseis pula merupakan seorang jutawan terkenal yang telah berjaya menubuhkan pelbagai jenis perniaagaan menerusi empayar syarikatnya.

Nampaknya dua empayar bakal bersatu sekiranya syarikat korporat Kumpulan Naza dan Kumpulan Berjaya digabungkan selepas perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini.

Chryseis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here