[VIDEO] ‘Sabar Je Laki Kena Buli’ – Aksi Comel Juliana Evans Buli & ‘Hair Slaps’ Ini Buat Netizen Terhibur

Sudah lebih 2 tahun berkenalan, pelakon berdarah kacukan Juliana Evans akhirnya sah bergelar suri hati Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April tahun lalu. Walaupun sudah masuk 9 bulan berumahtangga, pasangan ini nampaknya masih lagi dalam mood ‘pengantin baru’. Jika korang mengikuti perkembangan Cik Puan Juliana atau lebih mesra dipanggil Jue di instagram, dapat lihat betapa sweet dan romantisnya pasangan ini! Pasangan yang sama cantik dan sama padan ini sering kali mendapat pujian pengikut dan peminat di laman sosial.

Terbaru, video yang dimuat naik Juliana ini buat ramai orang kencing manis! Alahai sweetnya. Tak sangka Tengku Shariffuddin ni comel juga orangnya 🙂
Hair Slaps!

Video yang dimuat naik Juliana Evans beberapa jam lalu sehingga kini mendapat lebih 120k tontonan dan ribuan komen. Ramai yang memuji kemesraan dan sikap sporting YAM Tengku Sharifuddin sendiri. Baru admin tahu fungsi sebenar berambut panjang ni haha
Komen Netizen!
    
Lagi Foto Sweet Juliana Evans Dan Suami!
     

Sumber : IG Juliana Evans via kisahdunia.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here