Image result for sufian suhaimi

[VIDEO] SUFIAN SUHAIMI CIPTA LAGU BARU UNTUK ELFIRA LOY, NETIZEN SEBAK DENGAN LIRIK LAGU YANG AMAT MENUSUK KALBU

Image result for sufian suhaimi

Hubungan antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telah terhenti di pertengahan jalan apabila masing-masing tidak lagi bersefahaman dan sehaluan. Manakala bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin telah bertindak memulangkan cincin pertunangan mereka kepada keluarga Sufian Suhaimi pada minggu lepas.

Mungkin masih belum move on dengan pengalaman pahitnya putus tunang dengan Elfira Loy, baru-baru ini, Sufian telah mencipta sebuah lagu yang ditujukan khas kepada bekas tunangnya itu menerusi Instagram Live.

Walau bagaimanapun, story itu telah dipadam secara automatik dalam Instagram Live Sufian (video hanya dimainkan selepas satu hari), Pian kini telah memuat naik videonya itu di Youtube.

Video berdurasi tiga minit itu telah mendapat 97,000 tontonan dengan gaya mimik muka Sufian yang kelihatan sayu dan sedih setelah kisah pertunangannya itu terhenti di pertengahan jalan.

Sufian yang sedang menghayati bait-bait lagu hasil ciptaanya itu amat menusuk kalbu dengan menggunakan intonasi suara yang lembut dan syahdu.

Rata-rata netizen telah memberikan pandangan masing-masing mengenai lagu hasil ciptaan Sufian yang masih belum diberi tajuk.

Best juga lagu baru Pian ni.

Netizen juga berasa simpati dan sebak terhadap perkara yang telah menimpa Sufian baru-baru ini yang amat memberi kesan yang mendalam buat dirirnya itu.

Walau bagaimanapun,netizen tetap memberikan semangat dan dorongan kepada penyanyi berusia 26 tahun itu.

Bunga bukan sekuntum, bro…

Bertabahlah Pian.

Move on lah, bro.

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru Pian yang akan berada di corong-corong radio tak lama lagi.

Semoga Pian dan Elfira tabah menghadapi hari-hari yang bakal dihadapi.

 

 

ZAINAL ABIDIN CERITA DETIK HITAM PERNAH JADI MANGSA DERA

Image result for zainal abidin hijau

DATUK Zainal Abidin secara terbuka berkongsikan saat gelap yang dilalui semasa zaman kecilnya.

Pernah didera, tidak cukup makan serta tidak mempunya pakaian, Zainal langsung tidak kesal malah menjadikan dirinya lebih prihatin terhadap mereka yang dalam kesusahan.

Mengakui diuji pula dengan kemewahan dan kesenangan apabila meningkat dewasa, Zainal dengan rasa bertanggungjawabnya kini kerap menyertai program amal bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

sumber: mStar

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here