Main Battle Tank ataupun Kereta Kebal Tempur Utama pihak Israel Defense Force yang dikenali dengan nama Merkava Mk 4 suatu masa dulu pernah dinobatkan sebagai antara kereta kebal terbaik dunia.

Ianya dikatakan sebagai salah satu kereta kebal yang paling dilindungi dan selamat di dunia.

Main Battle Tank ini mempunyai reka bentuk yang luar biasa dengan enjin dipasang di hadapan yang memberikan perlindungan krew tambahan dan peluang untuk terus hidup jika kereta kebal lumpuh.

Semua siri kereta kebal Merkava mempunyai petak belakang yang boleh digunakan untuk membawa tentera dan kargo di bawah perisai.

Ia boleh membawa sehingga hingga 10 tentera jika tidak membawa peluru dan dilengkapi sistem persenjataan meriam smoothbore 120-mm.

Mk.4 Merkava dilengkapi dengan sistem tembakan kawalan, yang merangkumi beberapa ciri-ciri yang sangat maju bertujuan untuk menembak helikopter yang terbang rendah yang menggunakan peluru konvensional.

Ketangkasan Mk.4 Merkava agak purata disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, walaupun ia dilengkapi dengan enjin yang berkuasa.

MK4 Merkava hanya dalam perkhidmatan dengan Israel dengan jumlah 360 buah, kereta kebal ini tidak ditawarkan untuk dieksport.

Tetapi adik kepada Israel iaitu Singapura dikatakan memiliki 50 buah Merkava MK4 itu..

Tengok video ni pula…

Bagaimanapun apa yang dihebahkan oleh pihak Zionist dan Barat mengenai kehebatan Kereta Kebal tersebut terbukti hanya satu propaganda..

Ianya dibuktikan oleh pihak pejuang Al-Qassam dalam pertempuran darat dengan pihak Zionist yang telah masuk hari yang ke 30 hari ini..

Dalam perkembangan terbaru yang menyaksikan jumlah tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang.

Sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Kereta kebal jenis Merkava yang didakwa tercanggih didunia turut menjadi boneka kepada Al Qassam apabila berpuluh-puluh merkava berjaya dimusnahkan di Gaza sepanjang perang 2014.

Sumber Dari Sungai Derhaka Blog

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here