(Video&Gambar) ‘Dengar macam bunyi kucing dalam plastik hitam, rupanya bayi dengan uri’

BALIK PULAU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di dalam semak-samun di tepi sebuah rumah penduduk di Kampung Kuala Sg Pinang Balik Pulau, pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, bayi itu ditemukan dalam keadaan berbalut dengan plastik sampah berwarna hitam oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan tersebut kira – kira jam 11.40 pagi.

Bayi lelaki yang sempurna sifat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.

Menurut Anbalagan, kes itu disiasat di bawah 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, pasangan suami isteri yang menemui bayi berkenaan mendakwa terdengar bunyi tangisan sebelum menemui bayi tersebut yang diletakkan berhampiran rumah mereka.

Menurut Abdul Rashid, 60 tahun, pada mulanya dia menyangka bunyi tangisan bayi itu datangnya dari seekor kucing di dalam plastik hitam.

“Dengar macam bunyi kucing, waktu jumpa kain plastik hitam itu. Saya nampak kaki dan tak puas hati, saya saya pergi tengok dan nampak kaki terkeluar.

“Rasa rasa sedih lihat budak menangis. Sayapun selamatkan, panggil ambulan bawa hospital. Sebelum itu waktu pagi dalam pukul 6 pagi lebih ada terdengar motosikal, lepas subuh. namun tidak menyangka apa-apa,” katanya.

Sementara itu isterinya, Riniyusnita Mohd Yunus, 47 tahun yang terkejut dengan penemuan itu, pantas memberikan air kepada bayi itu selepas disedari masih hidup.

“Akak dengar macam ada benda, akak tak puas hati dan keluar tengok ada plastik hitam nampak kaki macam kaki anak patung, merah dia tak bergerak. Akak dengar macam ada orang menjerit. Tengok betul budak, akak bagi minum air zam zam. Semua sihat dan elok,” katanya.

Video dan gambar dibawah menunjukkan bayi yang dijumpai yang masih sihat dan cantik!! SubhanAllah…


Video Player

00:00

00:00

Sumber: Astro Awani
Video dan Gambar (abjohan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here