Wajah Huduh Patung Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan Dunia


Crtistian Ronaldo menjadi kegilaan para wanita kerana wajah tampan dan aksi hebatnya beraksi sebagai pemain bola sepak di Portugal. Baru-baru ini Cristiano Ronaldo telah mendapat kehormatan khas dengan menamakan sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan namanya sendiri.

Ronaldo datang merasmikan penggunaan namanya itu untuk menggantikan nama Lapangan Antarabangsa Madeira. Kini lapangan terbang tersebut dinamakan sebagai Aeroporto Cristiano Ronaldo. Semasa perasmian tersebut, terdapat sebuah patung direka khas sebagai tanda simbolik.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah patung khas wajah Cristiano. Patung tersebut memang kelihatan agak aneh kerana tidak serupa dengan pemain Real Madrid itu.

Gambar patung Cristiano Ronaldo ini jadi viral dan dikritik secara agresif oleh netizen. Namun tiada siapa dari pihak bertanggungjawab bersuara untuk menggantikan patung tersebut walaupun ia kelihatan sangat memalukan.

SUMBER;HANGAT.COM

 

ARTIKEL SETERUSNYA DI BAWAH…

Pakar Bedah Dakwa Cristiano Ronaldo Tak Layak Dijadikan ‘Ikon’

Salah seorang pakar bedah berasal dari Portugal telah menyelar tindakan Cristiano Ronaldo dan ibunya atas keputusan ‘memalukan’ pemain bola sepak itu untuk menimang cahaya maya.

Gentil Martins berkata Cristiano seharusnya tidak lagi dijadikan ikon kepada generasi muda kerana tindakan mendapatkan anak dengan cara itu dianggap salah. Ronaldo yang mendapatkan anaknya dengan cara menggunakan khidmat ibu tumpang juga boleh dianggap satu jenayah.

“Saya anggap perbuatannya satu jenayah serius. Ia sesuatu yang menjatuhkan maruah dan menyedihkan.

Eva dan Mateo dilahirkan di Amerika Syarikat bulan lalu sebelum dibawa ke Madrid di Sepanyol untuk tinggal bersama pemain bola sepak tersebut.

Selain itu, ibu kepada Ronaldo turut dipersalahkan kerana tidak memberikan ‘pendidikan’ sewajarnya kepada anaknya itu.

Komen dari pakar bedah veteran, 87, yang merupakan perintis dalam pemisahan kembar siam, telah dibuat semasa wawancara dengan akhbar Portugis Expresso.

Sumber DailyMail

Sumber : viralgempak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here