Wajah Tak Cantik, Jeon So Min Menangis Disuruh Buat Pembedahan Plastik Oleh Produksi Running Man! Senang Je Kan??!


Wajah Tak Cantik, Jeon So Min Menangis Disuruh Buat Pembedahan Plastik

Pelakon dan anggota Running Man, Jeon So Min mendedahkan pihak pengurusannya pernah mencadangkan dia melakukan pembedahan plastik kerana wajah yang kurang cantik.Mengimbas kembali momen tersebut, So Min memberitahu pada ketika itu dia sudah pun bertemu dengan pakar pembedahan kosmetik untuk mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, So Min menjelaskan dia tetap dengan pendirian untuk mengekalkan wajah aslinya.

“Saya menerima begitu banyak kritikan dan juga komen mengenai wajah saya. Antaranya mereka menganggap saya tidak sesuai menjadi pelakon kerana tidak memiliki wajah yang cantik.

“Jadi saya pergi ke pusat pembedahan plastik selepas pihak pengurusan memberi cadangan tersebut.

“Disebabkan saya terlalu muda pada ketika itu, perasaan takut mula menguasai diri dan saya bertindak melarikan diri sambil menangis.

“Akhirnya saya tidak melakukan pembedahan tersebut,” jelasnya.

So Min berkongsi cerita tersebut ketika menjadi tetamu jemputan dalam program bual bicara ‘Life Bar’ yang disiarkan menerusi saluran tVN baru-baru ini.

Sumber: Soompi / Allkpop

Sumber : gengsembang.com

 

 

Saya Nak Jadi Lagenda Alam Maya – Iqram Dinzly


PELAKON Iqram Dinzly berbesar hati sekiranya mendapat tawaran daripada mana-mana pihak untuk mewujudkan saluran sendiri atau program di laman YouTube.

Iqram, 36, berkata, dia sudah lama menunggu peluang itu bagi tujuan untuk berkongsi ilmu seni dimiliki.

“Kalau betul ada tawaran, saya terima dengan hati terbuka. Saya ingin bermula dari bawah dan tunjuk kepada orang usaha yang dilakukan selama ini.

“Jika perkara ini direalisasikan, saya percaya ada sebab kenapa mereka menginginkan saya. Bukan kerana apa yang tular, tetapi lebih kepada perkongsian ilmu,” katanya.

Iqram juga akui tidak tahu menahu segala video dan perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya menjadi perhatian masyarakat.

“Apa yang dikongsikan di IG sekadar satu bentuk hiburan kepada semua. Dalam masa sama, ia juga perkongsian dakwah.

“Namun, apabila setiap video yang dimuat naik tular ia di luar bidang kuasa saya. Malah, sejujurnya saya tidak pernah ambil tahu pun mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Iqram juga menjelaskan pertemuannya dengan penerbit, David Teo semalam bukan berkenaan kerjaya lakonan.

“Saya berjumpa David atas perbincangan lain. Bagi saya, hanya dia faham apa yang saya cuba sampaikan selama ini. Ia masih membabitkan projek seni tapi skop berbeza.

“Macam yang pernah dikatakan, saya tidak mahu berlakon lagi. Malah tidak mahu menggunakan nama Iqram Dinzly. Disebabkan itu, saya wujudkan nama baru dan ingin dikenali sebagai DR Princhiqy Dinzly.

“Menerusi nama ini, saya ingin jadi pelagak seni yang kreatif dan inovatif. Kalau boleh, saya nak jadi legenda alam maya,” katanya.

 

Sumber : sarkasteek.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here