Gambar Hiasan

 

Kanser tidak memandang lelaki atau wanita, muda atau tua. Jika ada kebiasaan yang tidak baik, maka kanser akan dengan cepat merebak ke dalam tubuh.

Seorang wanita usia 30 tahun mengeluh dadanya sering terasa sakit seperti terbakar, juga batuk sudah lama tidak sembuh-sembuh. Ia pun dirujuk ke bagian Gastroenterologi yang khusus untuk memeriksa bahagian pencernaan.

Ternyata setelah diperiksa, ia menderita penyakit asid sulfrik, selain itu juga terdapat radang pada saluran pencernaannya.

Rupanya, doktor nyatakan gara-gara ia sering “tidur habis makan”. Kalau habis makan terus tidur, makanan yang seharusnya turun ke pencernaan jadi “tertinggal” dalam saluran kerongkongan, sehingga lama-kelamaan, asid sulfriknya naik dan menyebabkan sakit pada ulu hati dan terasa pedih terbakar di dada.

 

Doktor nyatakan kalau asid sulfrik naik, dada terasa sakit, susah menelan, lama-kelamaan boleh mengakibatkan batuk kronik, radang paru-paru, sesak nafas, bahkan kanser kerongkong. Untungnya wanita ini cepat berubat, jika tidak, kemungkinan ia kena kanser kerongkongan.

Gejala awal kanser esofagus (kerongkongan)

1. Sakit dada seperti terbakar

Kerana esofagus terletak di dada, kanser dapat meniru penyakit jantung atau paru-paru. Rasanya seperti membakar hati atau acid reflux.

2. Sulit menelan

Gejala ini merupakan gejala pertama yang disebabkan oleh tumor pada esofagus. Tumor yang muncul menyebabkan penyempitan ruang esofagus sehingga makanan sulit ditelan. Pada keadaan yang sudah parah, penderita dapat mengalami kesusahan untuk minum air.

3. Rasa tidak nyaman di dalam dada

Ada pesakit yang merasa seperti berat, sesak, tidak nyaman, juga sakit di kerongkong.

 

Perbezaan kanser esofagus dan radang kerongkongan

Pada gejala kanser esofagus, pesakit akan merasa sulit menelan benda padat, kemudian berair, terakhir bahkan minum pun sulit. Kalau radang kerongkongan, pesakit akan merasa sakit tenggorokan saat menelan, terasa sakit atau terbakar di dada. Kalau lebih parah, boleh terjadi kanser esofagus.

 

Dokter memperingatkan jika habis makan jangan terus tidur. Habis makan terus tidur dapat menyebabkan acid-reflux (GERD) dan boleh menyebabkan kanser kerongkong. Doktor mengatakan beberapa tahun ini terjadi peningkatan dan bahkan ada yang saluran pencernaannya sudah berlubang.

 

Doktor menyarankan untuk menjalankan aktiviti ringan 20-30 menit setelah makan lalu istirahat, jangan terus baring. Habis makan juga tidak boleh bersukan ekstrim, jalan santai paling bagus.

 

#Nota : Penghidap penyakit kanser semakin meningkat daripada hari ke hari. Perkara ini berlaku kerana perubahan gaya hidup masyarakat yang tidak sihat. Selain daripada gaya hidup tidak sihat,faktor pemakanan juga menjadi penyebab penyakit kanser boleh menyerang seseorang individu itu.

Apabila kita membaca kisah yang dikongsikan diats itu tadi semestinya ia menakutkan kita. Masakan tidak kerana rata-rata daripada kita memang benar suka tidur selepas selesai makan. Hal ini kerana selepas makan mata secara tidak sengaja akan terasa mengantuk. Oleh yang demikian,bagi mengelakka risiko yang tidak diingini,marilah kita mengubaj cara hidup kita daripada searang bagi memastikan kesihatan langsung.

Duit boleh cari,tetapi kesihatan sukar dicari dan dibeli. Hargailah kesihatan tubuh badan kita. Kesihatan adalah aset yang berniila sangat tinggi.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi rasa mengantuk selepas makan iaitu:

1.Banyakkan bergerak. Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas. Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

2.Minum air kosong. Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

3.Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

4.Makan sedikit, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam. Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk. Makan sedikit tetapi kerap. Kaedah ini membekalkan badan dengan tenaga dan membantu usus berfungsi dengan lebih baik kerana tidak perlu bekerja keras mencerna kuantiti makanan yang banyak pada satu-satu masa.

5.Pilih sumber makanan berbeza. Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.

6.Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga.

Kongsikan.Semoga bermanfaat!

Sumber:peahgosip.online
Sumber: ilmukita-komputerdll.blogspot.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here