Wanita Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 104kg ke 52kg Dengan Mengamalkan Tips Ini..

Assalamualaikum. Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti harini.

2015 – Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg.Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak.Hahaha.

2016 – Berat naik ke 104kg.10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 – Harini 09 July 2017, 9PM – 52.4kg

Saya x amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus.Saya taknak sebab saya x selesa.Time berbadan besar dulu,saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam x berbaloi sebab rasa membazir.Kalau kau x control makan kau,sama je.Naik balik nanti.😅😅😅..Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya, lepas apa yang saya lalui dan alami, nak kurus tu, tekad kita pada diri kita sendiri.Tanggungjawab pada tubuh badan kita.Saya nak kurus sebab saya nak sihat.Saya nak rasa lebih yakin.Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl.Tekanan beb!..X tipu!..Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

Nak kurus,tips dari saya :

❌ Air Manis
❌ Fast Food
❌ Jajan / Snack

✔ Exercise
✔ Kawal pemakanan

Be positive with urself.If u berbadan besar and always complaint itu ini,but then u sendiri x ada effort nak reduce ur weight, sembang ke apa?..😆😆😆..

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat.Jangan mudah terikut dengan cara org.Lain org lain caranya.Slowly buat.Selesakan diri dengan bersenam.In shaa Allah,lama kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah :

2x seminggu buat masker putih telur.

Nak tips apa lagi?

Itu je saya boleh bagi.Tak ada rahsia apa2.Benda baik kita kongsi bersama. Doakan saya achieve untuk ke 45kg.💪💪

Sumber: Nur Hafiza binti Mukhtar

 

Dikecam Kerana Tidak Berpantang Selepas Keguguran, Akhirnya Mia Ahmad Ceritakan Perjalanannya Berpantang Selama 20 Hari!

PETALING JAYA: Impian aktres Mia Ahmad memiliki cahaya mata pertama selepas berkahwin dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi tidak kesampaian apabila disahkan keguguran.

Bagaimanapun, Mia, 29, yang kini sedang bercuti di London belum bersedia untuk berkongsi berita sedih tersebut kepada umum.

“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mia diminta mengulas tentang beberapa foto dan kata-kata sedih yang dimuat naik di laman sosial.

Selain itu, salah satu foto suaminya mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

Malah, dia turut muat naik sebuah video yang memberitahu produk kesihatan yang diambilnya itu bukan sahaja bagus kepada wanita lepas bersalin tetapi juga untuk individu yang mengalami keguguran sepertinya.

Dalam pada itu, Mia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang terbaik buat dia dan suami.

“Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas,” ujarnya.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Mia Ahmad telah mengalami keguguran pada awal Disember yang lalu.

Nampaknya rezeki untuk menimang cahaya mata masih lagi belum berpihak kepadanya dan suami selepas kandungannya disahkan gugur.

Sudah menjadi lumrah kaum wanita yang hamil setelah melahirkan bayi akan melalui proses berpantang dan bagi mereka yang mengalami keguguran juga harus melalui proses tersebut.

Mia menerusi Sinar Harian berkata, pada awalnya dia tidak pasti sama ada harus berpantang ataupun tidak kerana ini merupakan pengalaman pertama hamil walaupun sekejap sahaja.

“Tapi bila tanya orang itu orang ini dan tanya mak, semuanya suruh berpantang, jadi saya pun berpantanglah 20 hari seperti yang disarankan.

“Cuma saya tak adalah tunjuk beritahu semua orang yang saya ketika itu sedang berpantang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut sumber Mia tidak mahu berkongsi punca kandungannya mengalami keguguran kerana mungkin tidak mahu terus bersedih.

Semua yang terjadi sudah tersurat dan pasti ada hikmahnya. MH harap Mia dan suami tabah serta redha dengan ketentuan ALLAH SWT ini.

Semoga Mia dan suami dimurahkan rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Mia

Keguguran Itu Satu Cabang Hidayah

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini.

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Apakah yang berlaku selepas keguguran?

Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu.

Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda.

Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya.

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut:

Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.

Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.

Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.

Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan.

Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.

Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan.

Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin.

Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda.

Selepas gugur kali pertama, doktor biasanya tidak akan mengaturkan sebarang ujian khas kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya.

Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Sebaik sahaja anda dapat tahu bahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung.

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan.
Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Apabila anda telah bersedia untuk mencuba untuk hamil lagi, anda boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.

sumber: bukubiru.site

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here