Wow !! Bukan Sahaja Memiliki Mata Yang Cantik, Akhlak Adik Lelaki Neelofa Ini Turut Jadi Perhatian Netizen! 😍

Nama Neelofa tidak lagi asing baik dalam bidang hiburan, mahu pun bidang usahawan. Wajahnya yang cantik pastinya membuatkan orang ramai tertanya-tanya siapakah dan dari manakah wanita ini berasal?

Rupa-rupanya Neelofa merupakan kacukan Melayu, Pakistan dan Arab di mana bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya, Noor Kartini berketurunan kacukan Pakistan dan Arab.

Selain Neelofa, adiknya, Ameera Khan dan kakaknya, Noor Nabila turut mendapat perhatian netizen kerana rupa paras yang unik dan cantik. Kali ini, adik lelaki sulung Neelofa pula yang mendapat perhatian!

Ceritanya bermula apabila Noor Nabila memuat naik gambar Mohamed Faliq bersama suaminya, Sharnaz Ahmad di majlis hari jadi yang ke-11 remaja terbabit.

Gambar berkenaan yang dimuat naik beberapa hari yang lalu mendapat lebih 53k likes dan rata-rata memberi komen mengenai keindahan mata yang dimiliki anak lelaki Noor Kartini itu.

Selain Neelofa, ibunya juga sering memuat naik gambar Faliq yang dilihat sangat manja dengannya. Tidak hanya itu, Faliq juga dilihat seorang yang mementingkan agama apabila dia beberapa kali dirakam sedang beribadat oleh ibunya.

Jom kami kongsi beberapa foto Faliq. Hensemkan?

Sumber Instagram Noor Nabila, Kartini dan Neelofa

Kredit : Kisah Dunia

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here