Yusuf Azmi Lama Tidak Buat Live Terjah Ahlong? Kenapa? Ini Jawapan Yusuf Azmi Sendiri

 

Siapa yang tidak mengenali saudara Yusuf Azmi, Abang Ali dan Ustaz Abdul Halim daripada PPIM. Sebelum ini hampir setiap hari nama nama mereka muncul di bibir media sosial berkenaan kes kes hak pengguna. Contoh kes seperti Kes Kereta AGR, Kes Penipuan Pembelian Rumah DBI Technology BOY IMAN, Kes Penipuan Ahlong, Kes Penindasan Dari Pihak CALTEX dan bermacam macam kes lagi yang di urus oleh pihak PPIM.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and text

Sebelum ini hampir setiap hari mesti ada update update dari mereka terutama Yusuf Azmi. Kemunculan saudara Yusuf Azmi selalu ditunggu tunggu oleh ramai orang kerana setiap kali serbuan mesti pihak PPIM akan buat LIVE atau buat rakaman.

Video Rakaman HIKAM 2.0 Berada Di Pautan Akhir Artikel

Tetapi baru baru ini tiada apa apa rakaman serbuan atau LIVE Facebook yang viral dan disebabkan ini nama PPIM makin lama makin tidak disebut di media sosial. Ada sebab kenapa semua ini berlaku.

PPIM yang diwakili oleh Yusuf Azmi, Abang Ali dan Ustaz Abdul Halim baru baru ini pergi ke Kuala Terengganu untuk program HIKAM 2.0 bersama Himpunan Anak2 Muda di Bkt Payung. Soalan diajukan kepada Yusuf Azmi kenapa tidak lagi membuat liputan secara langsung ( LIVE FACEBOOK ).

INI SEBAB KENAPA YUSUF AZMI TIDAK MEMBUAT LIVE LAGI

Ini kata Yusuf Azmi, sebab kenapa mereka tidak buat LIVE VIDEO FACEBOOK lagi kerana sejak mereka selalu buat LIVE VIDEO makin ramai yang kena tipu. Alasan ini pernah beliau utarakan selepas selesai kes mahkamah pada bulan Januari lepas, dengan sebab yang sama iaitu lagi banyak live video contoh terjah ahlong makin ramai pula pinjam ahlong atau terlibat dengan skim pelaburan yang menipu.

Kemunkinan disebabkan wujudnya PPIM segelintir masyarakat mengambil kesempatan dengan berfikir tidak perlu risau dengan Ahlong contohnya kerana jika ada masalah mereka boleh meminta pertolongan PPIM atau Yusuf Azmi.

Video Rakaman Pengakuan Kenapa Tidak Live Berada Di Pautan Akhir Artikel

PPIM MASIH AKTIF ATAU PUN TIDAK?

Menurut saudara Yusuf Azmi, PPIM masih lagi bergerak dalam membanteras kegiatan Ahlong dan pelaburan yang menipu pengguna dan salah satu kes terbaru mereka adalah PENIPUAN AGEN JUAL RUMAH MELALUI LAMAN SESAWANG MUDAH.MY . ( Kes Disediakan Dibawah )

Sekiranya ada yang mendakwa PPIM tidak lagi bergiat aktif, ini adalah tidak benar. Mereka masih lagi bergerak aktif cuma PPIM tidak berapa aktif di Media Sosial (Facebook) buat masa ini. Marilah kita doakan agar segala usaha murni PPIM diberkati Allah SWT untuk membanteras penipuan atas pengguna.

Akhir kata, fahamilah hak anda sebagai pengguna. Jangan mudah tertipu dengan janji janji manis. Sila selidik dulu sebelum buat apa apa pelaburan.

Artikel Disediakan Oleh : Gedebak Viral 

RAKAMAN YUSUF AZMI MENGAPA BELIAU TIDAK MEMBUAT LIVE FACEBOOK LAGI

Youtube Credit: Channel Sezzwan 93

KES TERBARU PPIM ! AGEN JUAL RUMAH MELALUI LAMAN SESAWANG MUDAH.MY

Sumber Dari Facebook Yusuf Azmi

Sesi perjumpaan pengadu PPIM bersama pegawai Biro Undang-Undang mengenai satu syarikat agen jual rumah yang telah memperdayakan mangsa melalui pengiklanan di laman sesawang mudah.my dengan mengambil dan melarikan wang booking dan deposit.

Seramai 18 orang wakil telah tampil mendakwa ditipu oleh syarikat dan agen yang sama dan menyatakan jumlah keseluruhan mangsa yang diketahui setakat ini hampir 100 orang yang terlibat dengan anggaran kerugian hampir mencecah setengah juta ringgit dan dikhuatiri masih ramai lagi yang mungkin tidak tampil untuk membuat pendedahan.

Pihak kami akan cuba membantu mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak berdasarkan maklumat yang telah diberi dan terdapat segelintir agen di bawah syarikat tersebut juga mendakwa tertipu dengan majikan mereka kerana tidak mendapat pembayaran komisyen. Oleh itu, kami mohon kepada agen serta pihak lain yang terlibat tampil memberi kerjasama dalam mencari dalang disebalik penipuan ini.

Adalah menjadi kerisauan pada pihak kami apabila sesetengah hartanah yang didakwa ingin dijual masih lagi di iklankan oleh individu-individu yang berkenaan di laman sesawang tersebut dan pihak kami berharap supaya semua rakyat peka supaya tidak terjebak dan perkara ini perlu dihentikan dengan segera.

Notakaki: Doakan agar PPIM ini diteruskan sampai bila bila .. amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here